Subject: Asal-Usul Lundayeh Wed Aug 18, 2010 5:54 pm
Bangsa Lundayeh juga dikenali sebagai bangsa Lundayuh oleh masyarakat sabah. Bangsa Lundayuh berasal dari sempadan sabah dan sarawak dan merupakan bangsa yang amat menjaga kebersihan. Pernah suatu masa dahulu mantan timbalan perdana menteri malaysia Allahyarham Tun Ghaffar Baba berkunjung ke perkampungan Lundayuh. Beliau terpegun dengan suasana kampung dan sanggup membuka kasut untuk bergerak sepanjang kampung. Ini menunjukkan betapa kampung bangsa Lundayuh amat bersih dan terjaga. Pada dasarnya, bangsa Lundayuh adalah berkaitan dengan Lunbawang dan Murut. Oleh itu maklumat terperinci perlu diketengahkan untuk mengenalpasti asal-usul sebenar bangsa Lundayuh ini.