Dusun dikenali kerana kegiatan mereka yang suka berkebun buah-buahan dan bercucuk tanam atau dalam bahasa tempatan berdusun buah-buahan dan bertani. Menurut pendapat orang, orang Dusun sebenarnya memiliki suku kaum sendiri dan mereka digelar sebagai dusun oleh pedagang-pedagang luar seperti orang jawa, banjar atau bugis yang datang berdagang ke sabah suatu ketika dahulu. Selain daripada bangsa Dusun yang kita kenali sebagai Dusun sekarang ini, bangsa jawa juga menggelarkan orang dusun kepada orang Kadayan, Bisaya, Murut dan Rungus kerana mempunyai kegiatan ekonomi yang sama dengan bangsa Dusun. Jadi apakah asal-usul Dusun sebenar. Sama-samalah kita kupas misterinya.